Boots yang Sesuai Untuk Digayakan

Assalamualaikum dan hi,
Lama tak update blog kan? Sibuk sikit minggu ni. Tapi tak apa, Dina akan cuba update blog untuk awak semua. Okay, topik Dina kali ni lain daripada yang lain. Dina nak cakap tentang, Tips Menggayakan Kasut Boots.  Macam korang nampak, kasut boot sekarang tengah hangat di serata dunia. Tapi macam mana nak memilih boots yang sesuai dengan gaya awak semua? Dina harap post kali ni akan membantu awak semua dapatkan the best boots untuk digayakan!



Tips:

1.  Ankle Boot
      - Boots ini hanya paras buku lali sahaja. Boleh digayakan dengan pakaian yang casual dan juga     formal! Ankle boots yang mempunya tumit tinggi sesuai digayakan bersama dress untuk tampil           lebih elegant. Boleh juga digayakan dengan jeans untuk nampak lebih bergaya.




        Ada yang tak menggemari tumit tinggi? Jangan risau. Ankle Boots ni juga ada yang tidak bertumit tinggi. Tapi bagi Dina ianya hanya sesuai digayakan dengan pakaian yang casual.


       Ankle boots juga mempunyai pelbagai design yang berbeza dan unik mengikut citarasa dan trend terkini.



2. Laced Up Boots
      - Laced up Boots ni sebenarnya anak kepada boots yang lain. Apa yang membezakan mereka? Dia bertali. Kasut bertali sebenarnya dia ada penggemarnya yang tersendiri. Boots ini nampak lebih classic. Laced up Boots ini juga datang dalam bentuk rekaan ankle boots, Low Calf Boots dan over-the-knee boots.

     

        Ianya juga sesuai digayakan dengan formal mahupun casual. Yep! Boots ini juga ada yang flat. Jangan risau ye.


        Laced up boots yang bertumit tapi design-nya seperti ankle boots, over-the-knee boots dan low calf knee boots boleh digayakan dengan pelbagai jenis baju dan seluar. Boleh juga digayakan bersama dress atau gown. Boots ini yang tapaknya flat pula bagi Dina hanya sesuai digayakan bersama seluar.

3. Over-The-Knee Boots
        - Boots ini agak famous di Hollywood. Kalau awak semua perasan, ramai artis Hollywood yang gemar memakai Over-The-Knee Boots bersama dress dan seluar. Boots ini akan mengekalkan ciri-ciri classy dalam gaya awak semua. Ianya juga ada versi tanpa tumit tinggi ye. Jangan risau.



4. Low Calf Boots
      - Low Calf Boots ini lebih kurang seperti Over-The-Knee Boots. Akan tetapi, ketinggian kain boots ini lebih rendah berbanding Over-The-Knee Boots. Penggayaan boots ini juga sama seperti Over-The-Knee Boots.




Terima kasih sebab sudi membaca! Harap post kali ini membantu awak semua memilih boots yang terbaik.








Comments